PANDUAN DALAM MEMBINA MODUL P&P BAHASA ARAB KSSR TAHUN 1
1. Modul yang telah siap dibina ini hanyalah sebagai satu contoh dan panduan bagi guru-guru Bahasa Arab KSSR tahun 1 untuk membina sendiri modul P&P berdasarkan keadaan kelas dan murid masing-masing.
2. Ianya dibina berdasarkan kemahiran b.arab (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) dan Proses Kreatif 4 fasa terarah.
3. Segala aktiviti yang ditulis di dalam modul ini boleh diubah mengikut kesesuaian masa dan tahap murid di kelas masing-masing.
4. Penggunaan ICT amatlah digalakkan di dalam setiap aktiviti P&P Bahasa Arab tanpa meninggalkan unsur-unsur EMK yang lain.
5. Diharapkan dengan adanya contoh modul ini, guru-guru Bahasa Arab KSSR tahun 1 dapat mengetahui cara membina modul Bahasa Arab ini di masa akan datang.
6. Proses Kreatif 4 Fasa Terarah :
Proses kreatif terarah boleh diaplikasikan sebagai model pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan guru merancang dan melaksanakan P&P yang memberi peluang kepada murid mengalami proses kreatif dan seterusnya membangunkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid.
Proses kreatif terarah melibatkan empat fasa :
Fasa persediaan –murid membuat pemerhatian, menganalisis, menyimpan maklumat
Fasa Imaginasi- murid menjana idea untuk membuat hubung kait idea dan seterusnya mensintesis idea.
Fasa Perkembangan- murid membuat penilaian, menambah baik dan mengukuhkan idea
Fasa Tindakan- murid membuat penilaian akhir dan melaksanakan idea (membuat prototaip, menyediakan laporan)
Model P&P seperti pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, membuat keputusan secara kreatif, inkuiri penemuan dan konstruktivisme 5 fasa juga memberi peluang kepada murid mengalami proses kreatif dan seterusnya membangunkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid.
Antara nilai-nilai EMK yang boleh ditulis :
القدرة على إجراء اتصال :berupaya membuat hubung kait
القدرة على التفكير mampu berfikir sendiri:
يجرؤ على المحاولة :berani mencuba
الاستماع والانعكاس : mendengar dan membuat refleksi
الاعتماد على النفس berdikari :
ذكاء الاتصالية :bijak berkomunikasi
حب العلم : dahagakan ilmu
قادرة التشكيل :mampu mencorak
روح الإمكانية :semangat sentiasa boleh
عدم اليأس :tidak mudah berputus asa